I'M OFFLINE !
Give Me Ur Words

HERO MUNCUL SAAT AKHIR ?

Hai3 korang . Assalamualaikum.

Korang kenal tak hero tu ? Yup superman , batman , cicakman , darkbatman *e'eh ni pun termasuk ker ? hmm bleylah.
Tapi hero yg miss nak bagitau ni bukan hero : org yg kuat2 tu taw.
Hero ni adalah Lelaki yg YG DICARI SELAMA INI untuk menjalani CINTA SAMPAI SYURGA gituuu .


Korang sedar tak bahawa cinta pertama adalah satu perkara yang amat sukar untuk dipertahankan? Mengapakah korang perlu melalui hubungan dengan beberapa orang lelaki terlebih dahulu sebelum korang berjaya untuk menemui hero sebenar korang? Untuk wanita sila beri perhatian kerana ehem2 miss ada jawapannya. (n_n)

1. Kebiasaannya, keputusan untuk menjalinkan hubungan cinta pertama didorong oleh perasaan ingin tahu yang muncul dalam diri. Ia lebih dipengaruhi oleh faktor hiburan iaitu ingin mencuba suka2  berbanding sifat, tingkahlaku, kerjaya seseorang lelaki tersebut.

2. Apabila korang telah membuat kesalahan dengan mengenali lelaki yang tidak bersesuaian dengan korang, pada masa akan datang korang akan lebih mengetahui ciri-ciri jejaka pilihan mereka.

3. Pemikiran manusia akan sentiasa berkembang. Wanita kebiasaannya akan lebih memikirkan mengenai soal masa hadapan mereka apabila usia mereka semakin meningkat. Lelaki yang tidak mempunyai masa depan akan ditinggalkan dan akan muncullah hero sejati mereka. (pesanan kepada lelaki, lebih baik anda memfokuskan terhadap masa hadapan anda iaitu KERJAYA terlebih dahulu)

4. Hero sejati juga bermakna seorang lelaki yang sudah mempunyai kestabilan ekonomi yang kukuh. Sekiranya seseorang lelaki tersebut masih belum mempunyai kewangan yang stabil, mereka sebenarnya masih belum bersedia untuk menjadi hero sebenar korang so WATCH OUT GUYS stabilkan ekonomi korang k!.

5. Sekiranya korang tergesa-gesa dalam memilih pasangan, korang sebenarnya telah melambatkan lagi proses untuk anda mengenali hero sejati korang. Berkawan terlebih dahulu adalah lebih baik berbanding membawa satu2 hubungan ke peringkat lebih tinggi secara tiba2 kerana ia lebih mudah dipengaruhi oleh emosi.

nota kaki : miss juz memberikan pandangan dan penilaian terletak pada diri korang sendiri ok?

Post a Comment

0 comments:

Fully edited by Miss Lovouis 2013 Copyright