I'M OFFLINE !
Give Me Ur Words

JOM BANGUN PAGI

YEAH ! School Holiday comes again ?
Apa plan korang sempena cuti sekolah yang akan berlansung nanti ? Mesti banyak kan ??
Tak sabar rasanye miss nak cuti cewah mcm budak2 pulak.
Cuti2 jugak k, tapi solat jangan tinggal study jangan lupa taw.Yelah takut2 jugak nanti tiba2 naik sekolah korang terus lupa apa yang telah dipelajari dulu.

Sebelum tu lupa pulak ucapan mulia Assalamualaikum. Hellu korang. Apa kabaq ? Sihat ka ?
Miss harap korang semua sihat2 belaka disamping keluarga tercinta k.

OKla tu, "e'eh ingat lagi tak trademark Sys saida ni ;)"
Hm , actually miss nak ajak korang ramai2 bangun pagi sempena cuti sekolah nanti.
Bukan apa tak elok kan kita bangun2 lambat ni. Orang tua cakap rezeki tak masuk nanti.
Yup , memang benar pun kata2 mereka itu mana tidaknya kalau korang bangun lambat nanti habislah makanan sarapan pagi dikerjakan oleh adik2 korang/ yang seangkatan dengannya.
Kan da rugi ~ hehe, miss tahu pun sebab da ada pengalaman bgun lambat. 'bocor rahsia'






Sedar tak sedar panjang benor miss menaip benda ni.
Dah2 la tu erk , miss terus bagitau jelah Khasiat2nya jika kita bangun pagi;

  • Fikiran menjadi lebih segar- Pabila kita bangun seawal 6 pagi sekurang-kurangnya sebelum sang matahari terbit inidapat membuat fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan stress dan tekanan yang kita sedang alami. Fikiran yang segar dan tenang dapat membuatkan kita lebih bertenaga untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih efisyen dan efektif.Hal ini adalah kerana hormon2 kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti dan sukses gitu.

  • Dapat mengambil sarapan pagi- Seperti yang miss bagitahu tadi kalau korang bangun lambat korang tak dapat sarapan pagi kan ? Jadi korang bangunlah awal yerk supaya nanti boleh breakfast.Sarapan merupakan amalan yang sangat penting kerana ia membekalkan tenaga kepada otak dan juga seluruh tubuh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.Korang diet? jadi taknak sarapan ? Anggapan sedemikian adalah salah sama sekali.Hal ini terbukti kerana mengikut kajian pengambilan sarapan pada awal pagi tidak akan menyumbang kepada kegemukan kerana makanan yang diamakan akan cepat dihadam dan digunakan oleh seluruh tubuh kita yang mengalamai kadar metabolisme yang tinggi ketika waktu ini.

  • Dapat melakukan aktiviti senaman pagi- Yeah itu adalah perkara yang paling penting untuk diketahui oleh korang2 yang sekarang ini sedang cuba menurunkan berat badan yakni SENAMAN.Tak kiralah korang nak poco2 ke, nak senamrobik ke, jogging ke apa2 jelah kan yang pastinya inilah waktu yang paling sesuai untuk korang lakukan aktiviti ini.Waktu pagikan tak banyak kereta, lori, motor yang boleh menyumbang kepada udara yang tercemar jadi wakru inilah yang paling sesuai untuk korang dapatkan udara yang segar. Bukan badan korang saja jadi sihat malahan jantung korang pun boleh sihat.Korang juaga akan dapat memiliki kulit wajah yang cantik dan tidak pucat dek kerana Vitamin D yang diperoleh daripada cahaya matahari. 
Waaah , panjangnyer entry miss ni. Maaf ye , hope korang sudi baca sehingga abes keran banyak faedah yang korang akan peroleh selain daripada menambah pengetahuan korang.

Sabda Rasulullah S.A.W;
"Ya Allah , berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi. " (Riwayat Al-Tirmizi)

Post a Comment

0 comments:

Fully edited by Miss Lovouis 2013 Copyright