Assalamualaikum cumer2. Apa habaq ?
Hope korang sihat2 sejahtera k. Sempena dengan hari yang mulia ni , penghulu segala hari iaitu tak lain tak HARI JUMAAT !!!
Yeah , pada hari kawan2 ,kakak2 , adik2 akan menjalani hari terakhir di sekolah pada tahun ni.
Syoknyer ~
Btw , dalam tengah syok2 tu korang haruslah beringat jgn hepi2 sangat takut kalau2 terlalu hepi nanti korang merana di kenudian hari.
Oklah , harini miss nak share dengan korang tentang satu tajuk. Of kozlah seperti yg tertera diatas kan; KEDEKUT.
Agak2nye korang ni kedekut ke tak ? Amboi cepatnye ckp tak kedekut ... hehe
Marilah kiter sama2 semak diri kiter sama ada kiter semua ni kedekut ke tak ea.
Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. memberi nasihat :
"Orang yg bakhil / kikir tidak terlepas daripada salah satu daripada TUJUH perkara :
- Ketika dia mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya kepada sesuatu yang tidak berfaedah.
- Allah akan membangkitkan pemimpin zalim yang akan merenggut seluruh hartanya setelah menyeksanya terlebih dahulu.
- Allah menggerakkan dirinya untuk menghabiskan harta bendanya.
- Muncul idea pada dirinya untuk mendirikan bangunan di kawasan bencana sehingga satu ketika bangunan tersebut habis runtuh.
- Dia ditimpa musibah yang memusnahkan hartanya, seperti banjir, terbakar , kecurian dan sebagainya.
- Dia ditimpa penyakit kronik sehingga habis hartanya dibelanjakan untuk mengubati penyakit tersebut.
- Dia terlupa di mana hartanya disembunyikan.
Fuhh , penat menaip. Tapi ni pun untuk kebaikan kiter semuaka ? =)
Miss harap korang dapat iktibar daripada pesanan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq itu.
Sesungguhnya beliau seorang sahabat yang sentiasa membenarkan kata2 yang diucapkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. sebab itulah beliau digelar Al-Siddiq.
Renung2kan dan selamat berubah . (^_^)
Post a Comment
1 comments:
Dear.. jom join my contest..
n ada entry pasal buat duit wif says.my