I'M OFFLINE !
Give Me Ur Words

JOM SHOPPING ! ~

Helluu u olls .
Assalamualaikum . Korang sihat tak harini ?
hope korang sihat & ceria2 selalu k .

Harini miss teringinlah nak ajak korang semua SHOPPING .
huhu nak tahu shopping kat mana ? Hah kat mana lagi kat semua shopping complexla ea ;)  



Ok sebelum tu, korang semua perlu tahu adab2 ber-SHOPPING ni .
Eh , nak shopping un ada adab . Yap ! Betol tu , nak shopping pun ada adabnya .
Bukannya boleh main shopping suka hati.
Jom sama2 kita tengok adab membeli-belah ni.

  • Hendaklah kita mengambil kira keperluan , kehendak dan kemampuan. Jangan ikutkan nafsu semata-mata ! Bahana dan bahaya menanti anda ~

  • Tidak digalakkan membawa wang yang melampau banyaknya 'overdose gitu'  kerana ini boleh menyebabkan korang ter-overdose 'ada ke bahasa tu =P' belanja. Tak pasal2 kang korang yang bankrup.Bukan saja bankrup bahkan korang semua boleh terjebak ke geng syetan dek kerana melakukan pembaziran. Nau'zubillah!

  • Dapatkan komen/pandangan daripada mereka yang lebih arif lagi bijaksana tentang sesuatu barang yang korang nak beli.Bak kata pepatah 'mat salleh' "don't judge a book by its cover".Korang pun macam tu jugakla, pantang nmpak brang cantik terus beli. Elakkan perkara sedemikian pilih barang yang paling baik kualiti dan bertepatan dengan harganya k. 

  • Wajib pastikan barang yang dibeli bertepatan dengan perspektif Islam.Terutama bab2 makanan pastikan makanan yang korang beli tu ada tanda halal dari JAKIM! Bila dah betul2 yakin baru beli jika masih ragu2/syubhah terhadap barang tu jalan jelah pilih barang yang lebih baik disisi Islam.

  • Hah! Ni paling penting jauhi daripada penganiyaan seperti : penawaran harga yg terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.

  • Jujur dan amanah ye saudara saudari sekalian. Jangan sesekali mencuri/ cuba mencuri.

  • Utamakan urus niaga dengan orang Islam melainkan setelah tiada pilihan . 
Salman Al-Farisi berkata:
Janganlah kamu menjadi orang pertama yang memasuki pasar dan orang yang terakhir keluar darinya, kerana pasar ialah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka  
Maksudnya - Kita hendaklah berhati-hati dalam berjual-beli(di pasar raya) kerana biasanya ketika itu hati kita lalai dengan keseronokan dunia : melihat berbagai-bagai maksiat yang melibatkan aurat, pembaziran masa, wang dan bermacam-mcm lg.

Renung-renungkan dan selamat membeli-belah (n_n)

Post a Comment

0 comments:

Fully edited by Miss Lovouis 2013 Copyright