Assalamualaikum . hah baru la ada gaya org islam kan3.
Sekarang ni miss nak ajak korang ramai2 "Jom KURUS"
Miss tahu sejak cuti sekolah ni , mesty ramai kan yg mkn bnyak2.
Jajan terutamanya bg yg lepas exam. Like me larh (^_^)
Sekarang ni mari kita ramai2 menginsafi makan banyak2 dan cuba jadi kurus k .
1 . Menghidu makanan -
Mungkin korang rasa cara ini tidak masuk akal sama sekali kan3. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak menghidu makanan dgn terus melantak je. *mcm perli diri sendiri =P
2. Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda -
Untuk pengetahuan korang satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila korang melihat diri korang sendiri makan terlalu banyak, ia akan mengingatkan korang tentang matlamat yang ingin dicapai iaitu KURUS.
3. Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru -
Korang perasan tak kenapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperi oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.Kalau korang tak cayer cuba tengok McD / KFC tema restorannya warna kuning/oren kan yg boleh meransang nafsu makan korang.
4. Tangkap gambar makanan yang korang makan -
Setiap kali korang melihat gambar makanan yang korang da makan, pasti ia akan mengingatkan korang untuk melakukan perancangan makanan dengan lebih teratur untuk berjaya mengurangkan berat badan.
5. Ikat seutas benang pada bahagian perut -
Ini supaya apabila korang rasa benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna korang seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.Tapi harus diingat jgn ikat benang terlalu banyak / terlalu ketat nanti korang tak boleh nafas pulak. Nau'zubillah tak sempat makan da meninggal.
Komen miss bila da baca k . ;)
Post a Comment
5 comments:
Cadangan yg bagos kawan !
@N.U.R :) huhu , tq ;)
yeah ! nak cuba !!
pasal warna dinding tu...wow, baru perasan. thats why la makan kepsi ngan mcd tak mau berenti =p
@Leeza Hohoho , kalau nak makan mcD pilih yang tempat yang menghadap tingkap . Sure nafsu makan tak membuak =>